15 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniLaporan Latihan ICT Mirosoft Word
Pada 14 Jun 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan kelas personal bersama dua orang adik beradik tentang cara untuk membuat nota menggunakan Microft Word. Aktiviti ini diadakan pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Internet Padang Besar (s). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi kehendak ibu bapa mereka yang inginkan anak mereka celik IT dan juga memberi pendedahan cara menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan dokumen. Aktiviti ini dimulakan dengan menghasilkan satu dokumen tentang Bulan Ramdhan. Kemudian, mereka perlu mencari bahan di internet untuk menghasilkan nota, secara tidak langsung mereka dapat belajar cara yang betul untuk mencari maklumat di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: